Pelumba CP 150, Kasma Daniel Kasmayuddin, gagal menyembunyikan kekecewaannya kerana terlalu berharap untuk menjuarai aksi di Litar Lumba Tangkak.

Kasma, yang menjalani persiapan rapi sebelum ini terpaksa menerima hakikat bahawa masih tiada rezeki untuk merampas kembali gelaran juara yang diidamnya itu.

Bagaimanapun, Kasma berharap agar pusingan ketiga di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kembali memihak kepadanya.

"Saya mengakui bahawa saya sedikit emosi kerana tidak dapat menjelmakan impian saya tetapi saya tetap bersyukur meraih tempat kedua walaupun bukan dalam prestasi sebenar," katanya.