CUB PRIX
Cub Prix: Firdaus Hamdan, Farres Putra, Azroy Hakeem dominasi catatan masa terpantas
Kehangatan Petronas MAM Malaysian Cub Prix pula diteruskan dengan ngauman Firdaus Hamdan dalam sesi kelayakan pusingan kelima, selepas mencatat masa terpantas 1 minit 19.625 saat, meninggalkan pencabar terdekat Md Izam Ikmal dan Md Syamil Amsyar.
"Saya tidak boleh terlampau gembira dalam perlumbaan kali ini, kerana isteri saya dalam minggu ini kemungkinan bersalin, perkara ini mengambil separuh semangat saya.
Kejayaan Firdaus Hamdan merangkul kejuaraan di Litar Antarabangsa Sepang Utara mampu berulang di Litar Antarabangsa Sepang Selatan?Tuah anak katanya!!Nantikan laporan penuh Nadi Weekend malam ini!! @ASTROARENA pic.twitter.com/bpeqVndSy2— Faizal Bazari (@faizalbazario) July 20, 2024
Iklan
"Bagaimanapun, saya akan cuba usaha untuk meraih kemenangan esok dan berikan hadiah buat anak-anak saya," kata Firdaus Hamdan.
Dalam pada itu, doa ibu bapa mengiringi kejayaan Farres Putra dalam kategori Wira KBS apabila berjaya mengungguli saingan dengan mencatat masa terpantas 1 minit 22.278 saat sekali gus mengenepikan pesaing terdekat Md Adib Arsyad yang berada dihadapan pada sesi kelayakan di Litar Stadium Mini Teluk Intan.
"Masa terpantas hari ini tiada rahsia dan ini semua rezeki dan doa ibu bapa saya, juga bantuan daripada pasukan saya iaitu Petronas Sprinta yang bantu membantu saya dalam musim kali ini," kata Farres Putra.
Farres Putra dominasi sesi kelayakan kategori Wira KBS pada pusingan kelima Litar Antarabangsa Petronas Sepang Selatan, berjaya calarkan rekod Md Adib Arsyad yang berjaya mendominasi sesi kelayakan di Stadium Mini Teluk Intan. @ASTROARENA pic.twitter.com/nzuuPpxFGx— Faizal Bazari (@faizalbazario) July 20, 2024
Sementara, durian runtuh menanti Azroy Hakeem Anuar daripada pasukan Honda Estremo Yuzy Racing setelah berjaya mencatat masa terpantas 1 minit 14. 460 saat dalam kategori CP150, meninggalkan Md Akid Aziz dan Afif Amran.
Must-Watch Video