CUB PRIX
Cub Prix: Emil Idzhar Ezuan tekad teruskan sensasi
Pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, Emil Idzhar Ezuan, bertekad melakar hatrik dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sepang Selatan minggu depan di sebalik sekadar memegang status pelumba gantian musim ini.
Emil menggantikan pelumba utama pasukan bagi kategori wira yang terpaksa diketepikan akibat kemalangan dalam pusingan pertama yng lalu di venue sama.
Namun, pelumba berusia 16 tahun itu berjaya mencipta kejutan apabila cemerlang menawan Litar Jempol, Negeri Sembilan, dan Litar Jasin, Melaka.
Iklan
"Saya perlu banyak berlatih lagi dan momentum yang tepat untuk perlumbaan seterusnya.
"Jenteranya akan dikekalkan cuma dengan berbeza pelarasan.
"Cabaran di Litar Sepang Selatan pasti berbeza dengan litarnya yang lebih besar selain kehadiran ramai pelumba bersaiz kecil berbanding saya yang lebih berat," katanya.
Must-Watch Video