CUB PRIX
Cub Prix: Akid kekal rendah diri menjelang kehangatan di Sepang
Menjelang pusingan ketiga perlumbaan Cub Prix 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara hujung minggu ini, Pelumba CP 150, Md Akid Aziz, terus merendah diri dengan menyifatkan cabaran masih terbuka buat semua pelumba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
Selain itu, Akid turut mendedahkan bahawa masalah brek dan clutch yang dialaminya di Litar Lumba Tangkak awal bulan ini sudah dalam fasa pemulihan dengan penggunaan bahan yang lebih baik.
Pelumba itu turut berwaspada dengan ancaman Kasma Daniel Kasmayudin, yang sebelum ini ingin membalas dendam selepas dipotongnya di beberapa selekoh terakhir, sekali gus menjanjikan perlumbaan sengit di Sepang.
Iklan
"Bagi saya setiap perlumbaan di Sepang mencabar kerana setiap pelumba boleh menang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Perlumbaan di Sepang memang mencabar, terutama jika kita mahu mengekalkan posisi.
"Kami juga sedang membaik pulih (jentera) untuk mengatasi masalah dalam perlumbaan lalu dan ia hanya memerlukan sedikit lagi penyelarasan.
"Saya harap segalanya akan baik-baik sahaja dalam perlumbaan nanti," katanya.
Sebagai rekod, Akid mendominasi dua pusingan awal musim ini dengan merangkul gelaran juara perlumbaan di Litar Jasin Bestari dan Tangkak.
Must-Watch Video