Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Afif Amran noktahkan status naib juara CP150 di Batu Kawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akid-azizi.jpg
Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran, menoktahkan statusnya selaku naib juara kategori CP150 Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024.

Afif menamatkan debaran pusingan terakhir perlumbaan di Litar Batu Kawan dengan mencatatkan keputusan podium di tempat ketiga untuk mengumpul 163 mata secara keseluruhan.

Sebelum ini, rakan sepasukannya, Md Akid Aziz, dinobatkan selaku juara keseluruhan selepas pusingan kesembilan kejuaraan di Bandar Medini Iskandar, Johor sekali gus mempertahankan gelarannya selepas mencipta kejayaan sama tahun lalu.

Akid menamatkan kempen Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 dengan bergaya selepas dinobatkan juara keseluruhan dalam kategori CP150  dengan mengumpul 200 mata selepas 10 pusingan.

Tempat ketiga pula menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin dengan 124 mata daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor.

Untuk rekod, Afif pernah bergelar juara CP150 pada 2018 dan 2019.

Advertisement

Must Watch Video