Atlet ping pong lelaki negara, Leong Chee Feng, bakal mengikut jejak langkah Muhamad Ashraf Haiqal Rizal yang berkelana ke luar negara apabila kelab Swan Warrior tertarik untuk membawanya berkelana ke Amerika Syarikat selama tiga bulan.
Aksi Chee Feng terus ditagih apabila dia membantu kelab itu meraih tempat kedua dalam saingan Piala Amerika, bulan lalu.
Seperti Ashraf yang telah berkampung di Jerman selama tiga bulan sebelum ini, Chee Feng pula menyambut baik tawaran untuk dia menagih pengalaman berharga di Amerika Syarikat dalam tempoh masa yang lebih lama.
Atlet berusia 21 tahun itu akan menyertai beberapa kejohanan tempatan dan antarabangsa bersama kelab berkenaan di mana ia akan menjadi persiapan terbaik sebelum ke Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary, April depan.
"Saya memang gembira kerana ia merupakan satu peluang di luar negara serta beraksi dalam kejohanan. Pengalaman di sana lebih menarik, jadi ia peluang terbaik bagi saya," katanya.
Selain itu, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017 itu juga berharap jurulatih baru dari China yang bakal dilantik oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) bakal memberi impak positif buat kem negara sekembalinya dia ke Malaysia nanti.
"Saya menyasarkan Kejohanan Dunia kerana ia boleh menaikkan ranking. Diharapkan ia dapat menambah lebih banyak perlawanan.
"Pihak TTAM baru membawa masuk seorang jurulatih dari China, jadi saya harapkan dia dapat membantu."