Charlayne Chong berjaya menunjukkan prestasi cemerlang untuk mendahului carta hari pertama Kejohanan Amatur RSGC Wanita 2025.
Masih segar di dalam ingatan apabila pemain kelahiran Papar, Sabah itu berjaya meraih kejuaraan di Terbuka Amatur Kelantan yang diadakan pada 26 hingga 28 Julai lalu dan sekaligus berjaya membawa momentum itu ke kejohanan ini.
Dalam pada itu, Charlayne yang juga merupakan pelajar jurusan perniagaan di Universiti Utara Malaysia itu berjaya mencatatkan 5 pukulan di bawah par untuk merangkul sekali antara 4 pemain terbaik negara yang memberi cabaran pada hari pertama.
"Saya gembira dengan prestasi saya hari ini walaupun cuaca tidak menentu memberi cabaran hebat di atas padang" - katanya.
Charlayne juga memasang impian untuk menjadi pemain golf profesional selepas menamatkan ijazah sarjana muda pada April 2026.