BERITA SUKAN AM
CEO ONE Championship tawar perspektif buat Johan Ghazali
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong, mahu menyaksikan petinju Muay Thai sensasi Malaysia, Johan Ghazali, menawarkan sesuatu yang berbeza apabila turun berlawan dalam aksi akan datang.
Beraksi dalam ONE 170 yang berlangsung semalam, Johan yang mesra disapa 'Jojo', terpaksa akur dengan keputusan pengadil tewas kepada lawannya yang dari Colombia, Johan Estupinan.
“Umum mengetahui Johan Ghazali seorang ahli seni mempertahankan diri dan menyaksikan dia bertarung (bertemu Estupinan). Dia hanya memiliki satu strategi dan itu tidak boleh diubah semasa perlawanan,” katanya kepada SNE Sports.
Iklan
“Johan perlu memperbaiki aspek itu. Jika aspek itu dapat ditambah baik (itu bagus buat dirinya). Ini kerana dia memiliki kekuatan dari segi menumbangkan lawan dan dia seorang petinju yang bagus.
“Setiap (kemahiran serangannya) cukup tajam. Tetapi dia hanya memiliki satu strategi sahaja iaitu serang, serang dan serang. Pihak lawan mampu membaca dan beradaptasi dengan taktik tersebut.”
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua Johan selepas tewas kepada jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun 2024.
Jojo kini telah memperoleh enam kemenangan daripada lapan perlawanan termasuk lima kemenangan secara knock-out.
Must-Watch Video