CelcomDigi Berhad tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Belia Negara 2025 dengan misi memberikan inspirasi serta menarik minat golongan belia Malaysia menerusi slogan semangat 'Yakin Boleh'.
Acara yang berlangsung di Dataran Merdeka itu merupakan medan terbaik buat CelcomDigi dalam usaha menyahut kempen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkasakan minat belia untuk terus bersukan serta mengekalkan gaya hidup aktif dalam golongan belia Malaysia.
Antara yang mencuri tumpuan adalah gelanggang pickleball pertama yang diletakkan di Dataran Merdeka sehingga menarik minat golongan remaja serta keluarga untuk mencuba dan mengambil bahagian.
Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan mini pickleball itu diberikan pendedahan yang praktikal daripada jurulatih yang profesional, tanpa mengira pemula mahupun tidak setiap peserta memberikan saingan yang sihat sepanjang aktiviti itu berlangsung.

Sementara itu, di bahagian booth CelcomDigi SRG Future Pros Esports Bootcamp pula menyaksikan penyertaan pemain muda yang bercita-cita tinggi diberikan peluang menguji kemahiran mereka untuk mendapatkan tempat dalam bootcamp.
Booth itu direka khas dalam membangunkan bakat E-sukan negara yang semakin berkembang pesat dengan menawarkan bimbingan daripada pasukan Selangor Red Giants (SRG) dalam membantu perjalanan mereka melangkah lebih cepat untuk bergelar pemain profesional.
Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, hadir ke booth CelcomDigi sebagai acara kemuncak dengan dia turut diiringi atlet negara seperti S.Sivasangari, Azlan Mubin, Khiew Hoe Yan serta atlet paralimpik iaitu Imaan Aiman, Ammar Aiman dan Yusof Hafizi.
Kehadiran mereka ke booth CelcomDigi itu disambut meriah oleh Ketua Jenama dan pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, yang turut berkongsikan sasaran syarikat yang menumpukan kepada pembangunan bakat dalam golongan belia serta inisiatif Arena CelcomDigi sebagai platform memperkasakan dan memberikan peluang buat belia di Malaysia terus menyinar pada masa akan datang.
Hari Belia Negara disambut pada 15 Mei setiap tahun sebagai pengiktirafan rasmi pihak kerajaan terhadap peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembangunan negara.