Skip to main content

Para ASEAN

Catur: Skuad negara pamer peningkatan

nur-feiqha-maulad-hilal-230917.jpg
Meskipun gagal menepati sasaran lima pingat emas, skuad catur para negara menutup kempen Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur dengan pencapaian yang tetap membanggakan dengan meraih dua emas, dua perak dan dua gangsa.
 
Dua tahun lalu di Singapura, skuad negara hanya meraih dua pingat perak dan dua pingat gangsa.
 
Namun, mereka boleh berbangga dengan pencapaian dalam temasya Para KL2017 apabila berjaya meraih dua emas, dengan emas terakhir kontinjen negara disumbangkan menerusi peserta individu standard kategori B2/B3, Nur Feiqha Maulad Hilal, yang mengutip keseluruhan lima mata daripada enam perlawanan dalam format pertandingan yang dimainkan secara liga sepusingan. 

"Sasaran saya adalah untuk mengutip emas selepas lapan tahun," katanya.
 
Meskipun gagal untuk meraih lima emas seperti yang ditetapkan, rata-rata barisan pemain yang diturunkan tetap menunjukkan peningkatan positif biarpun kekurangan pengalaman di pentas antarabangsa dan diharapkan mereka akan meneruskan momentum ini bagi Sukan Para Asia di Jakarta, tahun depan.

"Perjalanan kami masih panjang untuk membuat persiapan."

Advertisement

Must Watch Video