Skip to main content

Sukan Lain

Cahaya mata keempat kejutan hari jadi Azizulhasni

azizulhasni-awang.jpg
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan cahaya mata keempat mereka pada hari kelahirannya.

Azizulhasni menerusi laman sosial, Instagram, berkongsi berita gembira ini bersama peminat selepas isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat, selamat menyambut anggota baru dalam keluarga mereka biarpun terkejut dengan kelahiran awal ini.

"Hadiah hari lahir yang sangat bermakna," katanya.




Pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Amna Maryam, Amna Khadeeja dan Amna Fateema.

Malah, atlet berusia 36 tahun itu sempat mengajak peminat untuk meneka jantina anak keempatnya.

Tahniah buat Azizulhasni sekeluarga.

Advertisement

Must Watch Video