Skip to main content

Sukan Lain

Cabaran Dunia Hero: Hovland muncul juara

hovland.jpg
Viktor Hovland mengubah perkara yang mustahil pada hari Ahad, mengatasi defisit enam pukulan untuk memenangi Cabaran Dunia Hero.

Collin Morikawa mendahului lima pukulan pada permulaan pusingan akhir ketika pemain Amerika itu menghampiri ranking nombor satu dunia, tetapi Hovland mempunyai idea lain di Bahamas.

Pada hari yang huru-hara, Hovland -- dalam permulaan pertamanya sejak merangkul Kejohanan Teknologi Seluruh Dunia di Mayakoba -- melakar kemenangan satu pukulan yang menakjubkan dengan eagle berturut-turut dan birdie dari lubang ke-14 dan ke-16.

Di sebalik bogey pada dua lubang terakhir, Hovland menamatkan perlawanan selaku pemenang mengatasi Scottie Scheffler dan mengatasi juara gelaran utama 15 kali, Tiger Woods.
 

“Saya tidak fikir kemenangan dapat dilakukan dalam saingan kali ini,” kata pemain Norway berusia 24 tahun itu, Hovland. "Dan saya mengetahui kerumitan yang perlu diatasi.

"Anda boleh melakukan birdie, tetapi mudah untuk menjadikannya bogey dan double. Jika saya melakukan pukulan yang baik, anda tidak tahu apa yang akan berlaku."

"Setiap pemain beraksi cemerlang, dan saya berasakan kemenangan ini cukup baik bagi meningkatkan keyakinan saya selepas ini."
 

Advertisement

Must Watch Video