Acara sukan larian, marathon di Indonesia terus menggemparkan apabila hujung minggu lalu, tular video peserta BayRun for Charity 2025 yang berlangsung di Jakarta perlu menarik beg bagasi yang penuh dengan barangan percuma untuk dibawa pulang.
Apa yang pasti, bukan sekadar sebotol air, sebiji pisang atau epal tetapi sebuah beg bagasi berwarna biru dengan saiz kabin merupakan hadiah yang disediakan penganjur buat semua peserta yang berjaya menamatkan larian mereka, selain medal dan tshirt yang sering ditawarkan dalam mana-mana acara seumpamanya.
Kelainan yang ditampilkan penganjur menambah rasa teruja para peserta yang rata-ratanya senang untuk terus mendukung penganjuran pada masa hadapan dan berharap lebih ramai penganjur tampil dengan usaha yang tidak sekadar melepas batuk di tangga atau mengaut keuntungan semata-mata.
Dengan bayaran pendaftaran sekitar RM75 sahaja, penganjur turut menyediakan aktiviti riadah lain dan menjemput penyanyi terkenal seperti Feel Koplo dan Maliq & D’Essentials untuk persembahan percuma.
Bulan lalu, arena sukan larian Indonesia turut mencuri tumpuan apabila acara yang dianjurkan bersama jenama pasaraya tempatan terkenal negara itu, Alfamart Run 2025 menyediakan 40kg goodie bag buat setiap peserta yang mendaftar.
Mungkin penganjur acara larian di Malaysia boleh mengambil ikhtibar yang baik ini atau menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak di negara jiran itu bagi mencambahkan lagi idea penganjuran dalam kalender 2026 nanti kerana sambutan di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dan mendapat sokongan banyak pihak, termasuk jenama terkenal dalam dan luar negara.
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat