Skip to main content

Permotoran

Budak Terengganu mendonia. Awas Barcelona!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil.jpg
Umum mengetahui bahawa Negaraku berkumandang di bumi Sepanyol sebanyak dua kali apabila anak muda dari Terengganu, Qabil Irfan Azlan, mencipta sensasi menjadi juara perlumbaan pertama dan kedua di Litar Jerez.

Tapi tahukah anda, kejayaannya di sana terima perhatian bukan sehaja daripada segi penajaan atas persembahan yang menakjubkan sekembali sahaja ke tanah air, tetapi terus menjadi inspirasi anak muda yang turut menceburi sukan dua roda ini?

Qabil mencipta sejarah tersendiri apabila mencapai gelaran juara dalam perlumbaan pertama Espana Superbike Championship (ESBK). 

Tidak habis di situ, Qabil sekali lagi menggegar Litar Jerez apabila menjuarai perlumbaan kedua sejurus itu.

Qabil akan mengharungi pusingan kedua yang akan berlangsung di Barcelona, Jun depan.

Impak positif yang ditinggalkan oleh Qabil juga telah menyemarakkan semangat seorang lagi pelumba cilik iaitu Wan Adra Mikayla Wan Mohd Muzri yang beraksi dalam saingan MiniGP. Mikayla sempat berkongsikan kepada Nadi Arena tentang hasratnya ingin mengikuti jejak langkah Qabil.

Pasti ramai lagi anak muda di luar sana yang ternanti-nantikan kejayaan Qabil dan ingin melihatnya terus berjaya dalam dunia permotoran!

Advertisement

Must Watch Video