Skip to main content

Sukan Asia

Bridge: Tiada unsur judi, kata kapten negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bridge.jpg
Kapten pasukan bridge negara, Khor Shi Jie, yang juga jurutera perisian komputer, menafikan sukan itu mempunyai unsur judi ,sebaliknya dipertandingkan secara profesional seperti di Eropah dan China.

Malaysia beraksi dalam pusingan kedua acara berpasukan lelaki dan berpasukan super campuran bridge yang dipertandingkan buat kali pertama dalam Sukan Asia dan Malaysia sudah mencatatkan kemenangan sulung ke atas China dalam berpasukan lelaki.

Apa yang penting, kemenangan ini diharap dapat membuka mata bahawa bridge boleh dipertandingkan secara profesional, sekali gus keluar daripada imej aktiviti tidak sihat.

"Saya menjangkakan perlawanan yang sukar selepas ini. Tekanan fizikal dan mental akan menjadi halangan utama kerana ia akan memakan masa yang agak panjang," kata Shi Jie.

Kemenangan sulung Malaysia diraih menerusi David Chee, Yeoh Li Yuan, Tan Su Beng dan Tan Sze Guan menewaskan pasukan pilihan, China, dengan 12.29 mata berbalas 7.71 mata, semalam.
 

Advertisement

Must Watch Video