PARALIMPIK
Bonnie Bunyau juara Piala Dunia! Konsisten bawa pulang pingat emas demi negara
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, sekali lagi tidak menghampakan harapan Malaysia apabila dinobatkan selaku juara Piala Dunia selepas bertanding dalam kategori 72 kilogram (kg) di Beijing, China semalam.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu menawan penonton yang hadir serta dengan melakukan angkatan seberat 215kg, seperti yang pernah dibuatnya sebelum ini untuk bergelar juara kejohanan berprestij itu.
Bonnie yang berasal dari Sarawak itu terus mengungguli kategori tersebut, dan dijangka akan terus memburu kejuaraan dan berhasrat memecahkan rekod dunia yang dipegangnya ketika ini dengan berat 232kg.
Iklan
Untuk rekod, catatan tersebut dilakukan ketika atlet berusia 26 tahun itu mempertahankan pingat emas dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Sebagai tambahan, Bonnie merupakan individu penerima ganjaran tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dengan membawa pulang sejumlah RM1.2 juta atas kecemerlangannya konsisten mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Must-Watch Video