Skip to main content

Sukan Lain

Boling Terbuka Malaysia: Pemain bergelut dengan format baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling.jpg
Juara jelajah Persatuan Pemain-pemain Boling Profesional (PBA), Tun Ameerul Luqman Al Hakim Tun Hasnul Azam akui sedikit bergelut dengan penggunaan format Masters Qualification (MQ) di mana format tersebut memerlukan dua skor terbaik daripada beberapa cubaan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Format ini sekali gus, membuka peluang buat mana-mana pesaing untuk memintas kedudukan terbaik yang layak ke pusingan final kerana pusingan kelayakan akan berlanjutan sehingga Jumaat depan.

"Saya akui banyak persaingan yang kuat daripada semua pesaing dan format kali ini sukar dan sedikit mencabar," katanya.

Sementara itu, nasib sama menimpa seorang lagi wakil negara, Siti Safiyah Amirah, yang tidak terlepas daripada cabaran hari pertama dengan permukaan lorong memberi kesan kepada prestasi awalnya.

Siti Safiyah Amirah kini menghuni kedudukan tiga terbaik secara keseluruhan, tetapi ia tidak menjamin keputusan muktamad kerana segalanya boleh berubah selagi pusingan kelayakan belum tamat.

"Saya melihat pesaing luar negara kelihatan sedikit bergelut dengan balingan kerana sedkit perubahan pada permukaan lorong," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video