Skip to main content

Sukan Lain

Boling Terbuka Malaysia: Gillian Lim sedia pertahan kejuaraan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gillian.jpg
Juara bertahan Kejohanan Boling Terbuka Malaysia, Gillian Lim, menjangkakan misi untuk mempertahankan gelaran kali ini tidak mudah memandangkan saingan yang bakal diterima daripada rakan senegara selain beberapa jaguh luar.

Namun, Gillian Lim optimis mampu memberikan aksi terbaik untuk mencapai matlamat tersebut walaupun menyedari saingan bagi edisi kali ini lebih mencabar.

"Kejohanan kali ini sangat mencabar dari semua pemain yang terlibat dan saya akan buat yang terbaik untuk mempertahankan kejuaraan ini. " katanya.

Kejohanan ini juga merupakan platform penting buat dirinya sebagai persediaan sebelum beraksi di kejohanan lebih besar selepas ini termasuklah Jelajah Boling Profesional Wanita di Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada Mei.

" Saya menyasarkan ke pusingan kedua dalam Kejohanan Terbuka Malaysia, dan selepas itu saya akan Kejohanan Sonic di Singapura sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk Jelajah Boling Profesional Wanita " katanya.

Berikut adalah senarai juara tahun lepas menyaksikan pemain negara berjaya menjuarai Kategori Terbuka dan 'graded' dalam saingan lelaki serta wanita :

Terbuka 
Wanita  - Gillian Lim
Lelaki - Muhd Hafiz Zainuddin

Graded
Wanita - Nur Aina Kamalia
Lelaki - Muhd Zarif

Berikut adalah pemenang bagi kategori senior :

Wanita - Felinda Grzybowska
Lelaki - Paiman Dali

Advertisement

Must Watch Video