MALAYSIA 54 HONG KONG 42

Skuad bola jaring negara mengulangi pencapaian 2018 dalam Kejohanan Asia selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.


Bertemu Hong Kong buat kali kedua dalam kejohanan ini, skuad negara memastikan kelebihan awal milik mereka apabila membuka jurang tiga mata dalam suku pertama untuk mendahului 17-14.

Gandingan An Najwa Azizan serta L. Karishma di bahagian serangan jelas terlalu kuat untuk dihalang pihak lawan dan skuad negara terus mendominasi perlawanan dalam suku kedua sebelum menutup separuh masa pertama dengan keputusan 30-27.



Tetapi Hong Kong bangkit seketika dalam suku ketiga untuk menyamakan kedudukan di mata 34 sebelum Malaysia membuka jarak dengan mendahului 43-36.

Jurang tersebut dilebarkan kepada 10 mata sejurus suku keempat dimulakan dan Malaysia kekal dalam zon selesa untuk memuktamadkan kemenangan 54-42 bagi meraih pingat gangsa buat kali ketujuh.

Kredit foto: Netball Singapore