Tuan rumah, Terengganu, meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2017 Bawah 18 Tahun, setelah menamatkan peringkat kumpulan dengan rekod bersih tanpa kalah.
Selepas menewaskan Negeri Sembilan (11-10) dan Pulau Pinang (9-5), Terengganu bangkit daripada ketinggalan 0-4 untuk garang mengatasi Johor 11-7 di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.
Kemenangan ketiga itu memastikan skuad kendalian Hafizan Abu Bakar berada di landasan tepat, sekaligus memperbaiki pencapaian tempat ketiga pada edisi lalu.
Dalam aksi semalam, pemain-pemainnya menidakkan kelebihan lawan yang dibarisi pemain tinggi lampai dan tampil dengan corak berbeza untuk memerangkap Johor.
Jelas Hafizan, prestasi semasa pasukannya kini di tahap terbaik sambil berharap Terengganu mengekalkan rentak kemenangan dalam suku akhir hari ini.
“Enam pasukan akan ke suku akhir dengan format dua kumpulan. Dua pasukan teratas pula seterusnya melangkah ke separuh akhir.
“Status selaku tuan rumah semestinya mahu dimanfaatkan untuk bergelar juara tahun ini,” ujarnya.
Melengkapkan senarai enam pasukan ke suku akhir ialah Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan.
Terengganu turut melangkah ke suku akhir dalam kategori perempuan bawah 18 tahun selepas mengiringi tiga pasukan pilihan, iaitu Perak, Pahang dan Selangor yang menang semua aksi peringkat kumpulan.
Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Sarawak tidak ketinggalan melepasi halangan awal untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik.