F1
Binotto akui Ferrari bakal hadapi minggu sukar
Mattia Binotto menyedari Ferrari berdepan minggu sukar ketika mereka membuat persiapan menghadapi Grand Prix Perancis dalam menyasarkan kemenangan pertama bagi 2019.
Mercedes mendominasi Formula Satu musim ini, dengan Lewis Hamilton merakamkan lima kemenangan dan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas, menjuarai dua perlumbaan.
Penantian Ferrari kelihatan hampir berakhir ketika kali terakhir beraksi di Kanada tetapi insiden pada penghujung perlumbaan melibatkan Vettel dengan Hamilton menyaksikan dia dihukum lima saat, sekali gus memberikan satu lagi kemenangan kepada pendahulu kejuaraan pemandu itu musim ini.
Iklan
Pemanduan Vettel menghadirkan keyakinan menjelang perlumbaan di Perancis, dengan Binotto percaya Ferrari akan mempamerkan keputusan yang positif.
Turut menjelaskan penambahbaikan dalam jentera SF90, beliau tidak menjangkakan impak serta-merta dalam nasib pasukan.
"Selepas Kanada, kami pastinya mahu kembali ke trek dan berlumba dengan pesaing kami semula," kata Binotto.
"Di Perancis, kami telah melakukan beberapa perubahan dan ia akan membantu jentera kami untuk terus meningkat naik.
"Apa yang dilakukan bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah Ferarri tetapi ia merupakan satu langkah yang penting.
"Kami menjangkan perlumbaan yang rumit tetapi segalanya tidak mustahil dan Ferarri sedia mempamerkan aksi terbaik."
Must-Watch Video