SUKAN LAIN
Berbasikal Kebangsaan: Nur Aiman sambar gelaran ujian masa elit 45.3km
Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhammad Nur Aiman Rosli, berpuas hati dengan gelaran ujian masa perseorangan lelaki elit 45.3km, Kejohanan Berbasikal Kebangsaan, hari ini.
Kejayaan itu sudah pasti menjadi suntikan moral buat pasukannya untuk mengharungi acara lepas beramai-ramai lelaki elit 180.6km, esok.
Lebih-lebih lagi, rakan sepasukannya, Akmal Hakim Zakaria, meraih tempat ketiga di belakang pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Mohd Zariff.
Iklan
"Saya berasa bangga sebab tahun lalu berlumba dalam kategori B-23 tetapi kini bersaing dalam kategori elit.
"Agak mencabar juga kerana perlu bersaing dengan rakan sepasukan.
"Kami cuba kekalkan jersi dimenangi tahun lalu. Prestasi dalam perlumbaan awal akan menjadi ukuran selain keperluan merangka strategi untuk perlumbaan esok," kata Nur Aiman.
Sementara itu, Pelumba Perak A, Muhammad Yusri Shaari, mengungguli ujian masa perseorangan menerusi catatan masa 1 jam 1 minit 29.627 saat yang mengatasi pelumba TSG, Wan Abdul Rahman Hamdan, dengan kelebihan 6.236 saat sambil diekori Abdul Azim Aliyas yang mewakili Negeri Sembilan.
"Tahun lalu saya dapat nombor lima, tahun ini saya muncul juara.
"Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana mendedahkan saya dengan banyak kejohanan," kata Yusri.
Dalam ujian masa perseorangan wanita elit, pelumba Johor A, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad, tampil juara selepas menamatkan perlumbaan sejauh 30.2km dengan catatan 46:41.964s diikuti pelumba Terengganu A, Nur Aisyah Mohamad Zubir, yang mencatat 46:42.38s.
Pelumba Selangor A, Nurqadrina Emylia Norzali, pula di kedudukan ketiga dengan masa 49:32.749s.
Must-Watch Video