Fatehah Mustapa menamatkan saingan final 500 meter ujian masa Sukan Komanwel 2018 di tempat kelapan dengan catatan masa 34.894 saat, jauh daripada catatan yang dirakamnya dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, iaitu 34.542 saat.
"Agak mengecewakan kerana baru-baru ini dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), saya mencatatkan masa lebih laju, iaitu 30.46 saat. Saya menyasarkan catatan itu," kata Fatehah.
Seorang lagi pelumba wanita negara, Jupha Somnet, yang beraksi dalam perlumbaan mata 25 kilometer turut gagal menyerlah selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-20.
Ia pencapaian kurang memuaskan daripada atlet kelahiran Perlis itu setelah menduduki tempat ke-12 ketika penampilan pertama dalam Sukan Komanwel, empat tahun lalu.
"Saya tidak berada dalam keadaan yang bagus kerana sejak kayuhan awal lagi, saya mula berasa kaki berat dan selepas 50 pusingan, saya mengalami kekejangan," ujar Jupha.