OLAHRAGA

Belasungkawa: Bekas jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed meninggal dunia

Stadium Astro
Saufi Tahir
04/03/2025
01:18 MYT
Sponsor Banner
Belasungkawa: Bekas jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed meninggal dunia
Bekas ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman, meninggal dunia pada usia 71 tahun hari ini.
Perkabaran mendukacitakan arena olahraga negara itu dikongsikan anaknya sendiri menerusi satu posting di laman Facebook dengan menjelaskan: "Assalamualaikum. Saya anak kepada Hj Harun Rasheed.
"Dengan penuh duka cita papa saya telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk papa saya." katanya.
Allahyarham aktif sebagai jurulatih olahraga negara pada awal tahun 2010 hingga 2012 dengan melahirkan nama-nama besar seperti Siti Zubaidah Adabi, Nor Jannah Hafizah Jamaludin, Yee Yi Ling dan Nurul Sarah Abdul Kadir ketika bergelar jurulatih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video