BOLA KERANJANG
BCLA: NS Matrix tidak rela kecundang di Indonesia
Negeri Sembilan (NS) Matrix Deers terus dilanda malang selepas merekodkan tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara Bola Keranjang Asia Timur (BCLA) di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).
Aksi Kumpulan A menyaksikan anak buah Felton Sealey gagal meraih sebarang kemenangan berdepan Taoyuan Pauian Pilots, Bishretal Metal dan terbaru tunduk kepada wakil Indonesia, Pelita Jaya, semalam.
Meskipun tewas di tempat sendiri, ketua jurulatih tersebut enggan menjadikan ia sebagai topik yang mampu menjejaskan prestasi pasukan, sebaliknya tetap percaya pada sinar positif.
Iklan
Felton Sealey mengakui pemainnya banyak melakukan kesilapan kecil tetapi menegaskan kejayaan bukan hanya diukur melalui skor, malah pembentukan kerjasama yang kukuh dalam skuad.
NS Matrix harus segara mencari ramuan untuk bangkit dalam perlawanan timbal balik di Indonesia bagi menghidupkan semula peluang dalam kejohanan itu 8 April depan.
Must-Watch Video