Wakil bola keranjang negara, NS Matrix Deers, terpaksa akur dengan kekalahan kedua dalam Liga Juara-Juara Bola Keranjang Asia Timur (BCLA) apabila tunduk kepada Bishrelt Metal 86-98 dalam perlawanan di Stadium MABA, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Suku pertama menyaksikan NS Matrix bermula agresif mengejar mata demi mata walaupun ketinggalan dengan Wong Yi Hou berjaya samakan kedudukan kepada 16-16, namun Bishrelt Metal bijak memanfaatkan serangan pantas untuk mendahului 25-19.
Memasuki suku kedua, NS Matrix berusaha mengecilkan jurang menerusi percubaan tiga mata, namun kesilapan pertahanan menyaksikan mereka ketinggalan 5 mata sebelum separuh masa.
Dalam suku ketiga, wakil negara itu cuba bangkit, tetapi dominasi fizikal Bishrelt Metal menjadi kunci kejayaan mereka dan pastinya ledakan sumbangan tiga mata daripada Bryon Wesley membolehkan mereka menambah jurang kepada 75-57.
Suku terakhir pula menyaksikan NS Matrix berusaha mengubah taktikal, namun ketenangan Bishrelt Metal menghukum siri kesilapan lawan di saat-saat akhir apabila pintasan dari Bryon Wesley buat matrix tergamam sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak Bishrelt 98-86.