Skip to main content

Bola Jaring

Barisan muda Melaka Mystic sasar curi tumpuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wahida.jpg
Netball Super League (NSL) bakal memulakan kempen pada Jumaat ini dengan pasukan Melaka Mystic diundi dalam Kumpulan A bersama KL Wildcats, Perak Phoenix dan Kedah Sunshine. 

Meskipun turun selaku pasukan bukan pilihan, kapten pasukan Melaka, Wahida Hamid, mengharapkan semangat berpasukan menjadi kunci kejayaan mara ke peringkat seterusnya. 

Pemain muda berusia 21 tahun itu menjelaskan setakat hari ini, pasukannya hanya sempat menjalani latihan pusat selama seminggu sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Khamis ini. 

Bagaimanapun, Wahida berasakan keakrabannya dan rakan sepasukannya sejak di bangku sekolah lagi mampu mewujudkan komunikasi baik menjelang saingan sebenar kelak. 

Dalam masa sama, perasaan teruja menyelubunginya dengan penganjuran kejohanan ini dianggap sebagai medan buat pemain muda khususnya untuk diserap membarisi skuad kebangsaan.

"Kami membuat persiapan rapi selama seminggu, masa itu kesempatan untuk kami berlatih bersama-sama.

"Kami akan buat yang terbaik dan turun beraksi sahaja.

"Kami tahu pasukan KL Wildcats di tahap yang mana, jadi kami perlu dekat dengan jarak gol mereka," katanya ketika ditemu bual maya wartawan Astro Arena, Haliza Hamzah. 

 

Keputusan pun sudah keluar, agak-agaknya korang rasa nama team unik tak? Share sikit dengan min korang support team mana? . @nsl.my #RuleTheCourt

Posted by Astro Arena on Thursday, March 11, 2021
 

Advertisement

Must Watch Video