Skip to main content

Permotoran

Bapa saksi setia perjuangan Qabil Irfan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-irfan.jpg
Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan, yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly mengukuhkan cengkamannya di Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 menerusi kejuaraan ketiga yang direkodkan di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol hujung minggu lalu.

Ia merupakan hadiah terbaik buat bapanya, Azlan Abdul Rahman, yang juga dikenali sebagai Lan Jawa sempena sambutan Hari Bapa yang simbolik dengan bulan Jun setiap tahun.

Namun, penghargaan seperti itu pastinya bukanlah keutamaan buat Azlan yang merupakan tulang belakang kepada perkembangan karier Qabil dalam dunia permotoran dua roda, asalkan dia boleh berada disamping anak kesayangannya itu, dalam setiap jatuh bangun, dalam setiap pahit manisnya perjuangan di pentas sukan yang serba mencabar ini.




Azlan sekali lagi menjadi saksi bagaimana anak yang didedahkannya kepada sukan permotoran seawal usia 4 tahun itu mempamerkan semangat juang untuk bangkit di Pusingan Kedua - dari gelaran naib juara di Perlumbaan 1, Irfan Qabil yang kini berusia 13 tahun memastikan perbezaan 0.01 saat yang sengit itu memihaknya di Perlumbaan 2 dan bukan pencabar dari Bulgaria, Nicola Miroslavov, sekali gus kembali ke podium selaku juara yang membolehkan lagu Negaraku berkumandang lagi di bumi Sepanyol.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video