ARRC
Azlan Shah sambut baik JDT Racing Team dalam kancah dua roda
Penunggang TKKR Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman, menyambut baik kemunculan JDT Racing Team yang membuat kemunculan pertama dalam sukan permotoran di Litar Antarabangsa Buriram, hujung minggu lalu.
Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sensasi selepas meraih naib juara dalam Perlumbaan 2 ASB1000 selepas gagal menghabiskan Perlumbaan 1, kelmarin.
Azlan Shah mengakui persiapan pusingan pertama yang dilaluinya bersama pasukan huru-hara selepas mendapat tahu perlu ke Thailand dalam waktu yang singkat.
Iklan
"Persiapan pasukan yang agak sederhana dan serba tidak mencukupi.
"Kami bernasib baik dapat menaiki podium walaupun hanya mempunyai satu enjin dan yang lainnya sudah pecah.
"Perlumbaan di Thailand telah membuka mata banyak pihak dan terdapat beberapa penaja yang berminat pada saya.
"Kita ada lima minggu sebelum ke China dan berharap pasukan dapat sediakan jentera dengan lebih baik untuk memberi saingan.
"Hafizh Syahrin memang pelumba yang baik, adanya JDT lebih memeriahkan suasana dan peminat bertambah."katanya di Studio Astro Arena, sebentar tadi.
Must-Watch Video