Atlet berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang terpaksa melupakan beberapa siri kejohanan antarabangsa termasuk Kejohanan Piala Negara-Negara di Kanada yang dijadualkan esok.

Menurut jurulatihnya, John Beasley, ia berdasarkan kesihatan semasa Azizulhasni selain bagi mengelakkan sebarang risiko yang mungkin akan membahayakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu.

Bagaimanapun, Azizulhasni masih di landasan terbaik malah mampu merangkul pingat perak pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI Jakarta Februari lalu.

Namun pemilihan setiap kejohanan haruslah lebih spesifik dan teratur mengikut keperluan dan pertimbangan yang wajar.

Tumpuan kini jelas Beasley lebih terarah kepada kejohanan dunia yang akan berlangsung di Glasgow pada Ogos, Sukan Asia dan Sukan Olimpik Paris tahun depan.