SUKAN LAIN
Azim tekad bangkit di Hong Kong
Atlet berbasikal trek negara, Abdul Azim Aliyas, tekad bangkit di kejohanan kebangsaan yang berlangsung pada 14 Mei sebelum beraksi di Kejohanan Asia dan Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong pada 26 Mei.
Susulan kemalangan terjatuh ketika perlumbaan di Belgium menyaksikan Azim terpaksa melupakan aksi di Piala Negara-Negara di Kanada demi menumpu perhatian kepada pemulihan.
Azim yang selamat pulang ke tanah air hari ini akan membuat pemeriksaan lanjut kecederaan di bahagian kepala termasuk rawatan buat tiga batang giginya yang telah patah.
Iklan
"Saya masih lagi dalam proses pemulihan dan perkembangan daripada kecederaan ini sudah bertambah baik. Saya percaya perlu mendapatkan semula rentak terbaik dan ia mungkin akan dibuktikan dalam kejohanan yang berlangsung di Hong Kong nanti," katanya.
Must-Watch Video