Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menampilkan larian bertenaga bagi membantu kuartet 4x100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih perak Kejohanan Balapan dan Padang Southeastern Conference (SEC) di Florida, Amerika Syarikat hari ini.
Azeem, yang memenangi pingat gangsa 100m Sukan Asia Hangzhou, turun bergandingan bersama Favour Ashe, Makanaishe Charamba dan Kanyinsola Ajayi, melakukan catatan masa 38.55 saat, rekod masa kelima terbaik dalam sejarah universiti tersebut.
Ia juga merupakan rekod terbaik buat Universiti Auburn dalam penampilan SEC sejak 1997.
Kuartet Louisiana State University (LSU), meraih emas dengan catatan 38.19s sementara Universiti Florida melengkapkan podium (38.73s).-Sinar
Stadium Astro
Sun May 12 2024