Skip to main content

Sukan Lain

Azeem Fahmi lakar rekod baru 60m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeen-fahmi.jpg
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan prestasi terbaik apabila memecahkan rekod kebangsaan yang juga rekod miliknya sendiri dalam acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan Kejohanan Tiger Paw Invitational, South Carolina hari ini. 

Atlet berusia 18 tahun yang mewakili Universiti Auburn mencatat 6.62 saat (s) untuk memadamkan rekod 6.63s yang dilakukannya dalam Kejohanan Texas Tech Open, 28 Januari lalu.

Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek, yang mencatat 6.66s dalam Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.

Dalam kejohanan di South Carolina itu, Muhammad Azeem yang beraksi dalam acara final mengakhiri saingan di kedudukan kelima.

Trayvon Bromell menduduki tempat pertama dengan catatan masa 6.42s, Marcellus Moore kedua dengan 6.52s dan Sterling Warner-Savage berada di kedudukan ketiga dengan masa 6.59s.

Muhammad Azeem, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s, tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Januari lalu untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Must Watch Video