RENANG
Australia medan skuad renang ukur prestasi
Perenang sensasi negara, Khiew Hoe Yean, kekal komited menjalani latihan setiap hari bagi meningkatkan kualiti renangannya.
Dua sesi latihan pagi dan petang menjadi bukti dedikasi olimpian itu dalam usaha mencapai tahap tertinggi dalam sukan renang.
Hoe Yean akan ke Australia bagi menyertai Kejohanan Jemputan Renang Victoria pada bulan depan yang dijadikan platform untuknya menuju je Kejohanan Dunia di Singapura, Julai depan.
Iklan
“Kami sedang berlatih di Australia dan kejohanan ini memberi peluang untuk mendapatkan semula rentak pertandingan selepas berehat sejak Disember lalu.
“Ini juga menjadi persiapan penting menjelang Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Mengakui cabaran di Kejohanan Dunia bukan mudah, Hoe Yean tetap meletakkan sasaran untuk mara ke peringkat akhir.
“Saya ingin menjadi perenang berkelas dunia.
“Walaupun masih ada jurang untuk sampai ke tahap itu, saya akan terus bekerja keras demi impian kembali ke Olimpik,” ujarnya.
Must-Watch Video