Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

AUG: Shahmalarani yakin pertahan emas di Surabaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahmalarani.jpg
Atlet karate acara kumite B-50 kilogram, C. Shahmalarani, sedia membawa misi mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Surabaya, Indonesia bermula 25 Jun ini.

Shahmalarani sedar akan tahap kompetitif temasya kali ini memandangkan kebanyakan atlet yang bertanding juga sedang sibuk dalam persiapan menuju Sukan SEA Thailand tahun depan.

Bagaimanapun, pemenang dua pingat emas Sukan SEA itu yakin akan dapat memperaga aksi terbaik, sekali gus mepertahankan pingat emasnya di AUG kerana sedang berada di prestasi terbaik ketika ini.

"Persiapan segalanya baik dan ia merupakan AUG kedua saya, jadi sasarannya adalah untuk mempertahankan pingat emas saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Dalam edisi lalu, kami mendapat pingat perak dalam acara berpasukan, jadi sasaran kami kini adalah untuk membawa pulang dua pingat emas.

"Tahap kompetitifnya baik tetapi dalam masa sama, akan ada atlet yang akan bertanding dalam Sukan SEA, jadi ia merupakan pentas untuk mereka mencuba strategi ke atas saya dan pada masa melakukan persiapan bagi Sukan SEA."
 

Advertisement

Must Watch Video