Skip to main content

Sukan Lain

AUG 2024: Shereen, Umar Osman tepati ramalan sumbang emas acara 400 meter

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aug.jpg
Atlet sensasi negara, Shereen Samson Vallabouy, meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri ketika meraih pingat emas dalam Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA), sebentar tadi.

Pelari berusia 25 tahun itu cemerlang menamatkan saingan 400m di tempat pertama dengan catatan masa 53.71s mendahului pencabar terdekat dari Thailand, Benny Nontanam, sebelum menambah koleksi pingat buat kem negara.
 

Dalam masa sama, juara 400m Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata, Umar Osman, turut mendominasi kategori lelaki apabila berjaya menyumbang pingat emas buat negara dengan catatan 47.22s menewaskan pencabar terdekat iaitu tuan rumah, Indonesia.

 

Advertisement

Must Watch Video