SUKAN LAIN
AUG 2024: Perenang negara butir dua emas
Kem Renang Malaysia berjaya menyumbang dua pingat emas menerusi Phee Jinq En menerusi acara 50 meter kuak dada dan Tan Khai Xin dalam acara 400 meter gaya bebas untuk hari pertama Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya, Indonesia.
Ini menyaksikan kem renang universiti negara menghadiahkan pingat paling banyak iaitu dua emas, satu perak dan satu gangsa untuk hari pertama kejohanan.
Selain itu, pemegang bendera kontinjen Malaysia, Bryan Leong hanya berjaya meraih pingat gangsa bagi acara 50 meter kuak dada.
Phee Jinq En dan Tan Khai Xin sumbang 2 pingat Emas untuk Malaysia dalam sukan Renang di Sukan Universiti ASEAN 2024! ???♀️?#NadiArena #AstroArena #SukanUniversitiASEAN2024 #AUG pic.twitter.com/0yMqJlhW4v— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 26, 2024
Must-Watch Video