Jenazah atlet paragliding negara, Muhammad Nurniqmat Ruslan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen, Bangkok, semalam.
Nurniqmat, 31, meninggal dunia selepas terjatuh ketika menjalani latihan di pantai Hua Hin, Prachuap Khiri Khan, sehari sebelumnya.
Memetik rakan arwah, Rafiee Aziz, 48, seperti dilaporkan Bernama, jurutera sokongan teknikal di kilang IBM itu aktif dalam sukan terbabit sejak dua tahun lalu dan bakatnya terserlah menerusi kelayakannya ke pra Piala Dunia Paragliding di India pada bulan depan selain Kejohanan Asia di Kazakhstan, Mei kelak.
"Kami sama-sama sedang menjalani latihan di pantai Hua Hin dan cuaca ketika itu agak baik, namun tiba-tiba kemalangan berlaku dan Nurniqmat terjatuh ke laut.
Saya bersama rakan-rakan yang lain cuba menyelamatkannya, namun arus pada ketika itu sangat kuat.
Nurniqmat kemudian disahkan meninggal dunia di hospital di Hua Hin," katanya.
* gambar hiasan