Skip to main content

Sukan Lain

Atlet negara masih bergelut sesuaikan diri -- Ali Reza

ali-reza-souleymani.jpg
Ketua jurulatih skuad karate kumite negara, Ali Reza Souleymani, mengakui barisan atletnya masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan baru yang diterapkannya.

Dia mengharapkan kerjasama terbaik daripada mereka untuk terus berusaha mencipta keserasian sebelum kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula tahun ini.

Jurulatih dari Iran itu telah memulakan tugas Disember lalu bagi menggantikan Andris Vasiljev.

Selepas sebulan melatih skuad negara, Ali Reza menyifatkan latihan asas yang kukuh masih perlu dititikberatkan sebelum dia melangkah ke fasa lebih sukar bagi memastikan setiap atlet mampu mengharungi perubahan besar yang bakal dilakukannya.

Jurulatih yang pernah membimbing kem kebangsaan dari 1998 hingga 2002 itu menganggap pencapaian positif tidak akan terhasil andai tiada usaha keras daripada atlet sendiri.

"Perubahan itu tidak dapat dilihat dalam tempoh sebulan latihan.

"Setiap atlet memerlukan tempoh berbeza untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

"Namun, mereka telah menunjukkan peningkatan dengan baik.

"Mereka menujukkan potensi yang baik dan akan terus meningkat," katanya.

Atlet karate negara, S. Prem Kumar, menganggap masih terlalu awal untuk dia menerapkan teknik dan corak latihan baru itu dalam mana-mana kejohanan sepanjang tempoh dua bulan ini kerana masih belum mencapai tahap terbaik seperti yang diinginkan jurulatih barunya itu.

"Setakat ini kami hanya akan bertanding menggunakan pengalaman yang kami ada.

"Kami perlu menerima apa yang dimahukan jurulatih baru kerana dia sudah pasti mempunyai alasan tersendiri bagi merombak sistem latihan.

"Saya hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengadaptasi teknik baru itu," katanya.

Advertisement

Must Watch Video