SUKAN LAIN
Atlet lawan pedang wanita tampil protes, enggan bersaing dengan pesaing transgender
Penyertaan atlet lawan pedang wanita dibatalkan daripada kejohanan di University of Maryland di Amerika Syarikat, selepas enggan bertanding dengan lawan transgender.
Stephanie Turner melengkapkan empat perlawanan sebelum bertemu Redmond Sullivan, seorang transgender dalam acara foil wanita pada 30 Mac. Sejurus perlawanan bermula, Turner berlutut kemudian membuka pelindung muka dengan tanda protes.
Stephanie Turner, the female fencer who took a knee rather than fence against a male opponent, was given a black card for “unsportsmanlike conduct,” handed a copy of @USAFencing’s transgender policy, and escorted from the premises.#HOLDTHELINEpic.twitter.com/OAogUHSeoe— Diana Alastair💚🤍💜 ✡️⚢ ❌❌ (@sappholives83) April 3, 2025
Turner sudah menjangkakan pertembungan itu dan mengambil keputusan untuk melakukan protes kerana Persatuan Lawan Pedang Amerika Syarikat (USFA) telah tidak mengendahkan kebimbangan atlet wanita, lapor The Daily Tribune.
Iklan
"Saya melutut serta-merta pada ketika itu," kata Turner kepada Fox News Digital.
"Redmond menjangkan saya akan berlawan dengannya, namun apabila saya berlutut, saya melihat pengadil, dan saya berkata, 'Saya minta maaf, saya tidak boleh meneruskannya. Saya seorang wanita, dan dia seorang lelaki. Dan ini adalah kejohanan wanita. Dan saya tidak akan bersaing dengan individu ini.'"
"Redmond tidak mendengar apa yang saya katakan, dan dia datang kepada saya, dan dia fikir saya mungkin terluka, atau dia tidak faham apa yang berlaku. Dia bertanya, 'Adakah anda OK?' Dan saya berkata, 'Saya minta maaf, saya sangat menyayangi dan menghormati anda, tetapi saya tidak akan bersaing dengan anda.'"
"I have much love and respect for you, but I will not compete against you."Female fencer Stephanie Turner speaks out after taking a knee and refusing to fight her trans opponent in a regional tournament at the University of Maryland. pic.twitter.com/YN09ee60LG— Fox News (@FoxNews) April 3, 2025
Must-Watch Video