SUKAN LAIN
Assri mahu bantu skuad negara dalam Piala Davis
Bekas tonggak tenis lelaki negara, Assri Merzuki, tidak akan teragak-agak untuk keluar daripada persaraan sebagai pemain kompetetif bagi membantu skuad Piala Davis 2019 negara.
Selepas berakhir saingan Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu, Assri beralih ke bidang kejurulatihan dan kini berpangkalan di Phuket, Thailand sebagai jurulatih profesional.
Bagaimanapun, dia membuat penampilan dalam siri pertama Sirkit Kebangsaan 2019 bagi memulakan perbincangan bersama Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).
Iklan
"Saya sentiasa berminat untuk beraksi dalam Piala Davis. Mewakili negara adalah keutamaan saya," kata Assri.
Antara tarikan kembali mewakili skuad negara yang kini dibimbing Suresh Menon adalah persekitaran yang positif bagi kempen Kumpulan 3, Piala Davis yang dijangka berlangsung September depan.
"Maklum balas yang saya terima daripada skuad kebangsaan ialah mereka sangat gembira dengan latihan yang digunakan dan tidak sabar untuk melihat keputusan ketika beraksi nanti," ujarnya lagi.
Must-Watch Video