Skip to main content

Sukan Lain

ASG: Atlet muda bawa pulang pengalaman berharga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shana-holmes-atlet-olahraga-brunei.jpg
Atlet-atlet negara dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 diberi peluang untuk merehatkan minda dan fizikal sambil berkunjung ke venue bersejarah, Sam Poo Kong, di Semarang semalam selepas beberapa hari beraksi dengan penuh semangat.

Selepas berakhirnya cabaran Malaysia, atlet-atlet ASG dibawa meninjau beberapa tempat bersejarah di sekitar Semarang, Indonesia.

Ini sudah pasti memberi peluang kepada atlet negara  untuk mempelajari budaya di Semarang serta membuka minda anak-anak muda Malaysia.

Selain itu, ia juga merupakan satu peluang buat atlet negara untuk merapatkan hubungan antara negara-negara ASEAN selepas bermusuhan di dalam gelanggang

"Seronok berada di sini dan ia membuatkan kami teruja untuk datang ke Indonesia," kata atlet olahraga Filipina, Bernalyn Bejoy.

Penglibatan ASG turut memberi kesan kepada atlet olahraga Brunei, Shana Holmes, yang berkata: "Kami merupakan kontinjen kecil.

"Kami berkongsi bas dengan Laos dan adakalanya dengan Vietnam.

"Dengan itu, kami dapat saling beramah mesra dan semuanya menyeronokkan."

Dalam masa sama, atlet lontar peluru negara, Jonah Chang, gembira kerana berpeluang meluaskan kenalannya dalam kalangan negara ASEAN 

"Seronok berpeluang berada di sini dan kawasan di sekitar Sam Poo Kong ini sangat cantik.

"Kami membuat kawan baru dari dari seluruh Asia Tenggara," katanya yang memenangi pingat emas. 

Kontinjen negara mengakhiri cabaran di tangga ketiga di belakang juara, Indonesia, disusuli Thailand selepas gagal mencapai misi 24 emas menerusi kemenangan 18 emas.
 

Advertisement

Must Watch Video