Skip to main content

Sukan Lain

Arul tidak mahu dibuai kemenangan ke atas Thunderbolts

arul.jpg
Status pasukan pilihan tidak memberi sebarang makna buat skuad hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) jika mereka gagal melepasi peringkat separuh akhir Piala Tan Sri P. Alagendra menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB), hari ini.

UniKL, yang diletakkan antara pasukan pilihan dalam saingan liga musim ini, tampak tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan cabaran skuad muda, TNB Thunderbolts, dalam suku akhir semalam.

Kemenangan besar 4-1 ke atas pasukan Thunderbolts itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana ujian sebenar adalah di peringkat separuh akhir menentang pasukan ‘abang’, TNB, yang diperkuatkan beberapa tonggak utama kebangsaan seperti S. Kumar dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.

"Kemenangan penting kerana kami kekurangan pemain, jadi kerisauan saya sebelum perlawanan adalah kecederaan.

"Saya juga mahu mengelakkan pemikiran mengambil mudah dalam aksi ini kerana Thunderbolts adalah pasukan muda, laju dan sentiasa berlari," katanya.

Arul kini runsing memandangkan bukan sahaja dia kehilangan khidmat Shazrul Izwan Nazli yang cedera, namun dalam masa sama terpaksa berdepan TNB tanpa bantuan empat pemain import yang terdiri daripada David Harte, Valetin Vega, Martijn Peter Havenga serta Kieran Ian Govers yang hanya akan tiba di tanah air 11 Januari ini.

"Ia lebih sukar kerana TNB memiliki 10 atau 11 pemain kebangsaan. Kami hanya mempunyai 14 pemain, termasuk satu masalah kecederaan. Jadi, kami memang agak tempang," tambah Arul.

Advertisement

Must Watch Video