ARRC
ARRC: Usia bukan penghalang Azlan Shah ungguli ujian masa
Pelumba ASB 1000 Negara, Azlan Shah Kamaruzaman, melaungkan amaran awal pada pusingan pertama selepas mengungguli ujian masa dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), sebentar tadi.
Walaupun sudah mencecah usia 40 tahun, dia membuktikan bahawa umur bukan penghalang walaupun jenteranya hanya berbekalkan sebuah enjin sahaja.
Kepakaran dan penggalaman yang ada pada pelumba itu ternyata memberikan kelebihan untuk cemerlang melakar masa terpantas dalam ujian masa dengan catatan 1 minit 35 perpuluhan 421 saat.
Iklan
Pelumba senior ASB 1000 negara, Azlan Shah laung amaran ungguli sesi ujian masa di Buriram!#NadiArena pic.twitter.com/QhF6rO6TJn— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 15, 2024
"Sejujurnya saya perlu bermain selamat kerana hanya mempunyai sebuah enjin sahaja dan saya mahukan enjin saya sentiasa dalam keadaan baik menjelang perlumbaan sebenar nanti."
"Saya mahu kekalkan momentum ini dalam perlumbaan seterusnya dan sentiasa bersiap sedia untuk perlumbaan.
"Apabila kita semakin berusia maka tubuh badan akan semakin bergerak perlahan jadi saya perlu kekal cergas dan terus berlawan dengan diri saya sendiri."
Must-Watch Video