TKKR Racing Team mempamerkan dominasi pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Dalam perlumbaan tumpuan ASB1000, dua taruhan mereka, Markus Reiterberger dan Azlan Shah Kamaruzaman, cemerlang memanjat podium dalam dua perlumbaan berturut-turut.
Reiterberber cemerlang mengungguli perlumbaan kedua hari ini untuk memastikan kejayaan berganda selepas turut memenangi perlumbaan pertama semalam.
Azlan Shah yang muncul naib juara semalam menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan kedua.
Sememangnya, ia minggu cemerlang buat TKKR Racing yang kini mendahului mata keseluruhan untuk dua kategori berbeza selepas dua perlumbaan.
Ia merupakan permulaan paling cemerlang selepas lima tahun TKKR membawa nama negara di pentas Asia.
Kedudukan keseluruhan pelumba 1000cc:
(JPN) Haruki Noguchi (83 Mata)
(GER) Markus Reiterberger (73 Mata)
(MAS) Azlan Shah Kamaruzaman (72 Mata)
(MAS) Md Zaqhwan Bin Zaid (63 Mata)
(INA) Andi Farid Izdihar (48 Mata)
(THAI) Passawit Thitivararak (37 Mata)
(MAS) Kasma Daniel Kasmayudin (36 Mata)
(THAI) Keminth Kubo (30 Mata)