Skip to main content

Permotoran

ARRC: Ramdan buru gelaran juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramdan.jpg
Meskipun wakil Malaysia dalam saingan SS600 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Mandalika tidak memenuhi jangkaan, dengan Azroy Hakeem Anuar hanya menduduki tempat keempat, Dua pelumba lain berjaya mengibarkan bendera Malaysia dengan kedudukan podium di pusingan keempat.

Dengan berbaki dua 2 pusingan, pelumba TVS Asia One Make Championship, Mohd Ramdan Rosli, mahu merebut kedudukan podium untuk memastikan kejuaraan keseluruhan bagi musim 2023.

Susulan meraih kedudukan ketiga di dua perlumbaan pusingan keempat, Ramdan kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dan menyaksikan jurang mata dengan pendahulu semakin kecil.

"Saya akan cuba memberikan yang terbaik bagi memastikan kumpulan mata sekaligus saya meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan," kata Ramdan.

Manakala Nazirul Izzat Bahauddin daripada kategori UB150 masih kukuh bertakhta di tangga teratas dengan kutipan 136 mata ke atas pelumba 4S1M Evo Yamaha Racing Team, Gupita Kresna Wardhana dari Indonesia di tempat kedua. 
 

Selain mahu mengekalkan kedudukannya, Nazirul juga mengidamkan kemenangan berganda menjelang pusingan kelima di Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada 3 November. 
 

Advertisement

Must Watch Video