ARRC
ARRC: Kasma Daniel pamer kejagoan di Sepang
Selepas kecewa dalam pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Mac lalu, pelumba ASEAN Yamaha Racing Team, Kasma Daniel Kasmayuddin, menebus kekecewaan itu apabila naik podium utama dalam perlumbaan sulung 1000cc berkenaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Kasma yang bermula di petak utama langsung tidak mampu dicabar mana-mana pencabar terutama Zaqhwan Zaidi.
Kasma menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan catatan masa 25:44.610 saat sementara Haruki Noguchi dan Apiwath Wongthananon
melengkapkan podium.
Iklan
Sementara itu, dalam kategori Supersport 600cc, Ibrahim Norrodin, bangkit daripada kelompok pertengahan untuk muncul juara apabila mengatasi Khairul Idham Pawi.
Ibrahim yang memulakan perlumbaan di barisan ketiga mempamerkan tunggangan kemas dan tekal bagi mengekori kelompok hadapan.
Dalam pusingan kelima, Ibrahim mula mengatur strategi untuk menempatkan diri di kedudukan kedua di belakang Super Kip.
Sebaik berbaki tiga pusingan lagi, Ibrahim menemui ruang untuk memintas Khairul Idham untuk mencecah garisan penamat terlebih dahulu.
Azroy Hakeem Anuar juga pasti masih mampu berpuas hati dengan kedudukan podium hari ini.
Must-Watch Video