Pelumba ASB1000, Hafizh Syahrin Abdullah, waspada saingan dari pelumba senegara, Azroy Hakeem Anuar yang turut memberi cabaran dalam kategori sama dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tahun ini.
Hafizh menjelaskan dia hanya akan menetapkan sasaran keseluruhan selepas selesai sesi percubaan rasmi di Litar Antarabangsa Chang 23 April ini.
Selepas postmortem tahun lalu, cip elektronik dan pemilihan tayar merupakan antara perkara penting yang diteliti menjelang pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang yang akan bermula 25 hingga 27 April ini.
Hafizh yang menunggang jentera Ducati Panigale V4R mewakili JDT Racing Team menamatkan saingan di tempat ketiga ARRC edisi lalu dengan mengumpul 154 mata, 29 mata di belakang pendahulu, Yuki Kunii dari Jepun.

ARRC 2025: Hafizh Syahrin waspada cabaran Azroy Hakeem bagi kategori ASB1000#NadiWeekend #ARRC pic.twitter.com/EFpHirT9xy
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 9, 2025