Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin terlepas peluang uji litar Buriram ekoran masalah kargo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizh-syahrin.png
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Bin Abdullah, terlepas peluang untuk menguji jenteranya di Litar Buriram berikutan jenteranya itu masih belum tiba lagi ekoran masalah kargo.

Kelewatan menerima jenteranya itu pasti akan mengecewakan pelumba yang lebih dikenali dengan gelaran 'El Pescao'  itu bagi menguji Litar Buriram kerana pada kali terakhir dia berlumba di litar tersebut adalah pada lima tahun yang lalu.

Dia hanya akan menerima jenteranya pada malam Khamis sempena Kejuaraan Motosikal Asia (AARC) yang akan bermula pada 15 Mac nanti.


 

"Tidak kira jika jentera sampai lambat atau cepat kami tetap akan bersedia untuk memberikan yang terbaik ketika berada di atas litar nanti.

"Semestinya saya mempunyai perasaan sedikit kecewa kerana masih tidak dapat membuat latihan bersama jentera serta melakukan ujian di atas litar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.

"Buat masa ini kami umpama berkerja dalam diam kerana jentera kami tidak lagi berada di sini dan tidak menunjukkan sebarang potensi lagi dalam ujian rasmi di litar.

"Saya sangat percaya dengan pasukan saya kerana kesabaran mereka walaupun kami sedang berpuasa. Kita akan lihat nanti apa akan berlaku."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video