Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, menggunakan peluang sebaiknya fasiliti bertaraf dunia yang dimiliki pasukannya di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Padang Seri Gelam, Johor.

Dia dalam persediaan menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.







Pelumba kategori Asia Superbike AS1000 yang mewakili JDT Racing Team telah mengumpul 137 mata secara keseluruhan selepas lima perlumbaan.

Terdahulu, dia berjaya menyambar podium dalam Perlumbaan 2 pusingan 5 ARRC di Litar Antarabangsa Sepang dengan pencapaian terbaiknya ketika mengungguli pusingan ketiga ARRC selepas menakluk Litar Zhuhai, China di tempat pertama.